Tuesday 15 July 2014

Salam Ramadhan

Hari ni dah masuk 17 Ramadhan...tak lama lagi dah nak raya.
Kerja macam biasa kot...letih wei...
Lepas berbuka je melepek terus...
Apa-apa pun perjuangan Ramadhan mesti diteruskan

Akak ni baru lepas bersalin..Anis baru 2 bulan. So, ras letih tu x boleh nak lawan .
Makan la vitamin dan berbagai supplement nak kekalkan tenaga supaya sentisa aktif kan tapi masa siang boleh la gagah, malam collapse huhu...nasib baik cik hubby sangat understanding orangnya. Harap-harap cik abangku bersabar ye..

Ni nasihat akak la kan, untuk kaum ibu atau bakal ibu, jagalah kesihatan diri. Kalau yang mengandung tu ambik la multivitamin supaya masa bersalin nanti ada tenaga. ye lah..nak bersalin ni pakai tenaga banyak. ibarat macam nak putus nyawa lah ....

Bila tenaga kurang, nak meneran pun tak larat..nanti doktor kata 'mother has poor maternal effort '.....poor progress ..pas tu mula plan untuk masuk emergency operation..kalau betul-betul ada problem masa kelahiran tak pe lah. Nak wat camne kan. Tapi akak rasa poor maternal effort ni boleh dicegah. Bersedia dari awal, doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan urusan. selebihnya berserah je lah..

Masa bersalin kan Anis dulu, rasa sedih sangat sebab transfer dari HAT Mizan ke HKL . Dari HAT Mizan tak serve breakfast pun, staff mcm tergesa-gesa je nak antar ke HKL. Takut jadi apa-apa sebab ari tu pakar takde. Sampai HKL akak lapar gila. Mintak breakfast memang takde dah la sebab time out already. Masa lunch pun depa tak bagi sebab dah dalam labour room tak boleh serve diet. Yang keluar dari mulut ni sakit....lapar....silih berganti. Kalau diingatkan memang kelakar. Nasib baik nurse tu tak marah-marah. Kalau tak lagi sedih huhu...

Bila Anis keluar je dalam pukul 3 pm, nurse yang baik hati tu cakap, 'Puan nnt saya arrange dinner untuk puan..tapi dalam kul 5 lebih baru boleh dapat..' So..boleh la akak makan dalam pukul 6 tu gaya orang kebulur benar kahkahkah...

Akak fikir nasib baik la aku ada tenaga nak push tadi kalo tak, tak tau la nasib aku..dah la umur dah nak masuk 40 ( just a day before my birthdate ). Harus la kot..


Saturday 8 February 2014

Katalog Tupperware

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ni ngada-ngada la pulak gi daftar jadi ahli Tupperware kehkeh....Sebenarnya aku ni memang peminat produk Tupperware dari dulu lagi.. cuma nak jadi ahli tu fikir lama sangat. Tapi bila dah lama pakai , macam berbaloi pulak. Dah le cantik tahan lama pulak tu. Ehem kalo jadi ahli sure ada diskaun , kan.

So, Kat sini aku nak share katalog tupperware yang terbaru. heheh.. kalo berminat nak order boleh contact melalui emel:  safa4416@gmail.com

http://www.tupperware.com.my/newcatalog/msia/jan2014/files/assets/common/downloads/publication.pdf

Personally , nak suggest bekas beras yang menarik

Pasal harga, boleh kawtim maa...

Semester dah nak mula wei...

Assalamualaikum wbt,

Sekejap je rasa dah masuk bulan februari. Tak lama lagi semester dah nak mula semula..haih...kalo ikut hati malas nya nak belajar balik..tapi dah mula takkan nak berenti tengah jalan kot..malu kat laki aku huhu...

Dah banyak pengorbanan keluarga aku sepanjang 2 tahun ni. Anak-anak lagi la..asyik tukar sekolah jek..tapi aku harap apa yang aku  buat ni betul dan ada pengakhiran yang baik di hujungnya.. Mohon Allah beri petunjuk kepada kami sekeluarga.

Cuti semester ni memang sibuk tak dapat nak berehat. Mula-mula banjir dalam rumah ( kelakar pulak kalo diingatkan). Tapi aku paham perasaan orang yang rumahnya dilanda banjir sampai rosak harta benda. Ruamah aku ni kesnya terpencil sebab banjirnya kerana masalah plumbing. Air membuak-buak keluar dari floor track masa hujan lebat. Dalam 2-3 kali jugak le banjir kilat berlaku. Habis buku sekolah anak basah dek banjir. To my sister, I do understand your feeling when your house get flooded recently ( kat Kuantan)..Lagi haru semua peralatan elektrik kena buang tak masuk sofa, katil dan lain-lain..Sabar ye sis...tentu ada hikmah dan rahmahNya.

Then , kitorang dah x sabar, decide untuk keluar rumah..nasib la dengan perjanjian sewa tu ( baru renew bulan Oct ). Nasib baik owner understanding..dan akui memang teknikal problem. Tak kira bang...kali ni cari rumah yang lebih selesa..takpela mahal sikit sewa asal puas hati...

Alhamdulillah kitorang dah pindah rumah sewa baru pertengahan Januari lepas..Penat ooo packing and unpack barang2. nak patah pinggang rasanya..Harap-harap semuanya berjalan lancar. Sehari dua ni macam ok jek. Harap-harap berterusan hingga bila-bila. InsyaAllah...

Kat KL memang susah nak cari rumah yang rega bawah rm 1000. kalo ada pun rumah kecik. Untuk kami anak beranak mana lah sesuai. Tak sabar rasa nak balik negeri..Sabo la wahai hati. Teruskan perjuangan beb...lagi 2 tahun.


Saturday 14 December 2013

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama pause blogging. Sibuk sesangat..tapi kadang-kadang tu rindu jugak nak blogging semula. Atas semangat yang berbelah bagi, aku bukak juga blog ni..walaupun sebenarnya aku sibuk giler masa ni...mungkin ini cara sesuai untuk aku release tension...
Harap-harap kali ni aku boleh sustain...but knowing myself, tak boleh nak janji la...huhu...

Anxiously waiting for January...I need a break..

Wassalam..