Saturday 8 February 2014

Katalog Tupperware

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ni ngada-ngada la pulak gi daftar jadi ahli Tupperware kehkeh....Sebenarnya aku ni memang peminat produk Tupperware dari dulu lagi.. cuma nak jadi ahli tu fikir lama sangat. Tapi bila dah lama pakai , macam berbaloi pulak. Dah le cantik tahan lama pulak tu. Ehem kalo jadi ahli sure ada diskaun , kan.

So, Kat sini aku nak share katalog tupperware yang terbaru. heheh.. kalo berminat nak order boleh contact melalui emel:  safa4416@gmail.com

http://www.tupperware.com.my/newcatalog/msia/jan2014/files/assets/common/downloads/publication.pdf

Personally , nak suggest bekas beras yang menarik

Pasal harga, boleh kawtim maa...

Semester dah nak mula wei...

Assalamualaikum wbt,

Sekejap je rasa dah masuk bulan februari. Tak lama lagi semester dah nak mula semula..haih...kalo ikut hati malas nya nak belajar balik..tapi dah mula takkan nak berenti tengah jalan kot..malu kat laki aku huhu...

Dah banyak pengorbanan keluarga aku sepanjang 2 tahun ni. Anak-anak lagi la..asyik tukar sekolah jek..tapi aku harap apa yang aku  buat ni betul dan ada pengakhiran yang baik di hujungnya.. Mohon Allah beri petunjuk kepada kami sekeluarga.

Cuti semester ni memang sibuk tak dapat nak berehat. Mula-mula banjir dalam rumah ( kelakar pulak kalo diingatkan). Tapi aku paham perasaan orang yang rumahnya dilanda banjir sampai rosak harta benda. Ruamah aku ni kesnya terpencil sebab banjirnya kerana masalah plumbing. Air membuak-buak keluar dari floor track masa hujan lebat. Dalam 2-3 kali jugak le banjir kilat berlaku. Habis buku sekolah anak basah dek banjir. To my sister, I do understand your feeling when your house get flooded recently ( kat Kuantan)..Lagi haru semua peralatan elektrik kena buang tak masuk sofa, katil dan lain-lain..Sabar ye sis...tentu ada hikmah dan rahmahNya.

Then , kitorang dah x sabar, decide untuk keluar rumah..nasib la dengan perjanjian sewa tu ( baru renew bulan Oct ). Nasib baik owner understanding..dan akui memang teknikal problem. Tak kira bang...kali ni cari rumah yang lebih selesa..takpela mahal sikit sewa asal puas hati...

Alhamdulillah kitorang dah pindah rumah sewa baru pertengahan Januari lepas..Penat ooo packing and unpack barang2. nak patah pinggang rasanya..Harap-harap semuanya berjalan lancar. Sehari dua ni macam ok jek. Harap-harap berterusan hingga bila-bila. InsyaAllah...

Kat KL memang susah nak cari rumah yang rega bawah rm 1000. kalo ada pun rumah kecik. Untuk kami anak beranak mana lah sesuai. Tak sabar rasa nak balik negeri..Sabo la wahai hati. Teruskan perjuangan beb...lagi 2 tahun.